Jenis-jenis insurans motor yang ditawarkan untuk setiap kelas kenderaan bermotor adalah:
• Akta sahaja
• Pihak Ketiga
• Pihak Ketiga, Kebakaran dan
Kecurian
• Komprehensif
1. Perlindungan Akta Sahaja
Perlindungan yang diperlukan
ialah yang meliputi liabiliti undang-undang atas kematian atau kecederaan
anggota badan pihak ketiga (tidak termasuk penumpang) disebabkan atau akibat
dari penggunaan kenderaan bermotor milik insured di atas jalan raya.Pada masa
sekarang, perlindungan akta ini jarang ditawarkan atas permintaan pemegang
polisi kerana perlindungan ini biasanya dikhaskan untuk situasi tertentu sahaja
iaitu apabila risiko yang terlalu buruk atau amat tinggi.
2. Perlindungan Pihak Ketiga
Perlindungan pihak ketiga
biasanya merupakan pilihan terakhir pemegang polisi kerana perlindungan yang
ditawarkan tidak melindungi kerugian atau kerosakan kenderaan milik pemegang
polisi dan perlindungan dihadkan kepada kerosakan harta milik pihak ketiga dan
liabiliti undang-undang atas kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga
3. Pihak Ketiga, Kebakaran Dan
Kecurian
Sebagai tambahan kepada
perlindungan polisi pihak ketiga, polisi ini juga menyediakan perlindungan
terhadap kerugian atau kerosakan kepada kenderaan insured disebabkan kebakaran
atau kecurian. Elemen risiko berlakunya kecurian dan kebakaran menyumbang
kepada kadar premium yang dikenakan untuk polisi ini hampir sama dengan premium
polisi komprehensif dan oleh itu ia bukanlah pilihan yang bijak. Premium yang
dikenakan untuk perlindungan ini adalah lebih kurang 75% dari premium
perlindungan komprehensif.
4. Perlindungan Komprehensif
Polisi motor komprehensif adalah
gabungan perlindungan ke atas harta dan liabiliti. Perlindungan yang ditawarkan
di bawah polisi ini boleh dibahagikan kepada dua seksyen utama iaitu:
• Seksyen A – Kerugian atau
kerosakan kenderaan insured
• Seksyen B – Liabiliti kepada
pihak ketiga
No comments:
Post a Comment