Kenderaan bermotor telah dikelaskan di bawah tarif motor seperti berikut:
1. Kenderaan Persendirian
Kenderaan
persendirian termasuklah kereta roda tiga dan station-wagon yang digunakan untuk
tujuan sosial, domestik dan keseronokan dan juga untuk tujuan perniagaan atau
kerjaya profesional insured sahaja. Polisi ini secara jelas hanya memberi
perlindungan kepada kenderaan yang digunakan atas tujuan sosial, domestik dan
keseronokan sahaja. Oleh itu, kenderaan yang digunakan untuk tujuan disewakan
atau mendapat ganjaran, perlumbaan, pengatur kelajuan perlumbaan, ujian
ketahanan dan kelajuan, sebarang tujuan berkaitan perdagangan, membawa barangan
dagangan kecuali barangan contoh dan membawa penumpang yang membayar upah atau
sewa adalah dikecualikan.
2. Kenderaan Perdagangan
Kenderaan yang
digunakan untuk tujuan perdagangan seperti van, teksi, pick-up, lori, trailer,
kenderaan bersambung dan sebagainya tidak dilindungi di bawah polisi kenderaan
persendirian tetapi ia diletakkan di bawah polisi insurans kenderaan
perdagangan. Ia meliputi semua kenderaan (termasuk kenderaan beroda tiga) yang
tidak diletakkan di bawah kategori kenderaan persendirian atau motosikal.
Pelanggan korporat yang memiliki sejumlah besar kenderaan biasanya akan membeli
polisi motor tunggal.
Berikut adalah pembahagian kecil
kenderaan perdagangan:
Bil.
|
Kenderaan perdagangan
|
1
|
Perniagaan
motor
|
2
|
Kenderaan
membawa barangan dagangan
|
3
|
Kereta
sewa
|
4
|
Bas
|
5
|
Kenderaan
khas
|
3. Motosikal
Kenderaan
jenis ini termasuklah motosikal berserta atau tanpa kereta sisi, skuter, basikal automatik atau basikal yang dijalankan secara bantuan mekaikal. Tarif
seterusnya mengkategorikan kelas motosikal ini kepada:
(a)
Motosikal persendirian
(b)
Motosikal perdagangan
(c)
Motosikal (dengan atau tanpa kereta sisi) untuk disewa
(d)
Perniagaan motosikal
No comments:
Post a Comment